Make your own free website on Tripod.com

GRADUAN GAJI PERTAMA ANDA

 

Perkara pertama yang mungkin terlintas di fikiran anda apabila mula bekerja ialah menerima gaji pertama dan membelanjakan untuk melepaskan geram. Godaan yang paling dahsyat adalah menghabiskan kesemuanya dengan membeli segala benda yang anda tidak mampu beli semasa belajar dahulu, contohnya jam tangan Guess, kemeja T-Celvin Klein dan seluar jeans Levi’s.

 

Namun anda sekali lagi terpaksa menahan segala godaan ini. Dalam kegembiraan menerima gaji anda sendiri, timbul pula rasa tanggungjawab untuk membuat belanjawan sendiri. Cara anda membuat belanjawan gaji pula bergantung kepada keadaan anda iaitu sama anda tinggal bersama rakan-rakan dirumah sewa, sama anda mempunyai kereta, atau anda mempunyai pinjaman pelajaran untuk dibayar balik dan sebagainya.

 

Di bawah ini terdapat dua contoh bagaimana anda boleh membuat belanjawan gaji pertama anda. Walau bagaimanapun ini hanyalah garis kasar berdasarkan andaian bahawa anda bergantung kepada pengangkutan awam, menyumbang kepada keluarga dan tinggal berhampiran pejabat jadi tambang perjalanan anda adalah lebih murah.

 

Anda dapat lihat daripada contoh yang kami berikan bahawa potongan akan dibuat kepada KWSP, Cukai Pendapatan dan PERKESO. Ramai graduan yang baru menerokai dunia pekerjaan tidak berapa pasti apakah maknanya potongan ini dan banyakkah yang perlu menyumbang atau tidak. Potongan yang pertama ialah KWSP atau EPF.

 

1) KWSP                                                                     

 

2) CUKAI PENDAPATAN

 

3) PERKESO